KUALA TERENGGANU, 13 JAN: Seorang warga emas maut manakala dua anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Kemaman dekat sini hari ini.
SEMPORNA, 12 JAN: Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau di sini petang tadi.
KUANTAN, 11 JAN: Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
KUALA SELANGOR, 11 JAN: Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
SEREMBAN, 6 JAN: Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Seremban–Kuala Pilah (Bukit Putus) pada 6.45 petang semalam.
KLUANG, 6 JAN: Seorang wanita maut manakala lapan individu cedera setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dengan sebuah lori di KM86 Jalan Johor Bahru–Ayer Hitam, dekat sini malam tadi.
IPOH, 6 JAN: Seorang wanita berjaya menyelamatkan diri apabila kereta yang dipandunya terbakar setelah terbabas dalam kemalangan di Kampung Baru Air Kala Jalan Lenggong–Gerik dekat Lenggong hari ini.
JOHOR BAHRU, 28 DIS: Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 26 DIS: Penggunaan teknologi pemantauan terkini seperti Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan telematik bagi semua kenderaan berat perlu diwajibkan, supaya masalah mekanikal dapat dikesan.
MELAKA, 26 DIS: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan memberi bantuan sewajarnya kepada keluarga dua pelajar yang maut selepas kenderaan dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi tadi.
JASIN, 26 DIS: Dua penuntut universiti awam maut selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi tadi.
IPOH, 26 DIS: Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi tadi.
MELAKA, 25 DIS: Polis telah merakam keterangan pemandu treler yang tayarnya tercabut sehingga dipercayai menjadi punca kemalangan ngeri mengorbankan tujuh nyawa di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Ayer Keroh, di sini Isnin lepas.
ALOR GAJAH, 24 DIS: Tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini malam tadi, telah dikenal pasti.
ALOR GAJAH, 23 DIS: Tujuh maut manakala 33 cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, berdekatan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
BATU PAHAT, 22 DIS: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala bapa dan dua lagi kanak-kanak cedera selepas motosikal dinaiki empat beranak itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Sungai Ayam di sini, semalam.
KUALA TERENGGANU, 20 DIS: Seorang pemandu lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 141 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi tadi ditahan polis kerana positif dadah.
KOTA BHARU, 18 DIS: Seorang penuntut wanita di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Besut, Terengganu maut manakala 10 penuntut yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat kereta yang bertembung dengan sebuah treler di Jalan Gua Musang–Kuala Lipis hari ini.
KUALA LUMPUR, 9 DIS: Enam cedera dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan termasuk sebuah ambulans di Jalan Kajang Perdana, Kajang pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut, di Jalan Kerinchi di sini pagi semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.